Harga minyak lebih murah akhir tahun
Wow.. in berita yang baik bagi rakyat malaysia. kerajaan kita berusaha untuk memulihkan situasi ekonomi yang merundum sejak beberapa bulan lalu. Hari ini kerajaan mengumumkan bahawa, akan ada penurunan harga bagi minyak akhir tahun ini.
Hal ini, memang baik, tetapi sebagai pengguna kita juga harus tetap berjimat cermat seperti yang di sarankan oleh kerajaan malaysia. Untuk Keterangan Lanjut sila baca artikel dibawa..
Malaysia Boleh!
JOHOR BAHRU: Rakyat dijangka terus menikmati harga minyak yang lebih murah menjelang akhir tahun ini, sekurang-kurangnya dua kali lagi berdasarkan harga minyak dunia yang semakin rendah dan stabil di bawah AS$100 setong.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata berdasarkan aliran harga minyak dunia pada masa kini, ada kemungkinan harga petrol dan diesel di negara ini, akan diturunkan sekurang-kurangnya dua kali lagi menjelang akhir tahun.
“Kerajaan menggunakan formula harga purata minyak dunia dalam menentukan harga pasaran komoditi itu di sini (Malaysia) dan harga purata pada Oktober adalah antara AS$70 hingga AS$75 setong, manakala pada bulan November ia turun lagi,” katanya di sini, semalam.
Kali terakhir kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel adalah 1 November lalu, iaitu kepada RM2.15 seliter bagi (RON97), RM2.05 (RON92) manakala diesel dijual pada harga RM2.05 selepas pada Jun lalu membuat keputusan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter.
Shahrir berkata, pada akhir Oktober lalu, harga minyak dunia turun di bawah paras AS$70 dan atas dasar itu harga minyak negara pada Disember ini dijangka akan turun.
Beliau berkata, walaupun ketika ini musim sejuk di kawasan hemisfera utara dan akan ada peningkatan permintaan untuk minyak bagi tujuan pemanasan tetapi minyak berkenaan bukan petrol, sekali gus tidak menaikkan harga komoditi berkenaan.
“Ketika kerajaan menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 Jun lalu, ramai rakyat yang merungut ’sakit’ kerana perbelanjaan meningkat tetapi, hakikatnya ia hanya untuk tiga bulan.
“Bagaimanapun, kerajaan mahu rakyat terus mengamalkan dasar berjimat cermat kerana kita tidak dapat meramal harga minyak pada masa depan,” katanya.
Dipetik Daripada:
Berita Harian 10/11/08











